Sejarah Penemuan Sinar X
Sinar-X (atau X-ray) telah
ditemui oleh seorang Profesor Fizik berbangsa Jerman yang bertugas di
Universiti Wurzburg, Bavaria, Wilhelm Conrad Röntgen pada 8hb
November, 1895. Beliau mendapati sinar ini mempunyai kebolehan menakjubkan
yaitu menghasilkan imej di atas filem fotografi setelah menembusi tisu, pakaian
dan logam.
Menerusi kajiannnya, Roentgen mendapati hablur garam barium
platinosianida bersinar apabila di letakkan berdekatan dengan tube sinar katoda
yang ditutup. Ia juga mendapati plat foto yang ditutup diletakan berdekatan
dengan sinar katoda akan menjadi hitam. Dari sini kesimpulan dapat di buat
bahawa sinar-X tidak boleh dilihat, bergerak dalam garis lurus dan mempunyai
daya penembusan yang tinggi, yaitu dapat menembusi objek yang legap bagi sinar
cahaya biasa. Wilhelm Conrad Röntgen yang lahir pada 25 Mar 1845 adalah yang
pertama menemukan sinar-X.
Selepas itu, Roentgen menunjukkan sinar ini datang dari
dinding kaca berpendaflour cahaya apabila sinar katoda terkena padanya. Untuk
mengesahkan penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen ringkas.
Dalam eksperimen ini beliau meletakkan satu screen yang di lapisi dengan barium
platinosianida dalam lintasan sinar-X. screen ini akan bersinar apabila terkena
pada sinar-X. Dengan meletakkan tangan beliau diantara tube sinar katoda dan
screen, satu bayang tangan dengan tulang-tulang di dalamnya jelas kelihatan
dalam screen ini. Ini dapat membuktikan bahwa sinar-X yang keluar dari tube
sinar katoda mempunyai daya penembusan yang tinggi.
Dalam ilmu kedokteran,
sinar x dapat digunakan untuk melihat kondisi tulang, gigi serta organ tubuh
yang lain tanpa melakukun pembedahan langsung pada tubuh pasien.
Biasanya, masyarakat awam menyebutnya dengan sebutan ‘’FOTO RONTGEN’’. Selain bermanfaat, sinar x
mempunyai efek/dampak yang sangat berbahaya bagi tubuh kita yaitu apabila di
gunakan secara berlebihan maka akan dapat menimbulkan penyakit yang berbahaya,
misalnya kanker. Oleh sebab itu para dokter
tidak menganjurkan terlalu sering memakai ‘’FOTO RONTGEN’’ secara berlebihan.
KERUGIAN SINAR X
Setelah
Roentgen memperlihatkan hasil pemotretan dengan sinar-X terhadap tangan
istrinya yang memakai cincin, dimana pada gambar tersebut terlihat dengan jelas
ruas-ruas tulang jari tangannya, maka manusia mulai menyadari akan manfaat
besar yang dapat diperoleh dari pemenuan radiasi pengion tadi. Pemanfaatan
radiasi pengion dalam bidang kedokteran, terutama sinar-X, berkembang pesat
beberapa saat setelah penemuan radiasi tersebut. Penguasaan pengetahuan
mengenai radiasi pengion oleh umat manusia yang terus meningkat dari waktu ke
waktu juga memungkinkan dimanfaatkannya radiasi tersebut dalam berbagai bidang
kegiatan di luar kedokteran, di samping pemanfaatan-nya di dalam bidang
kedokteran sendiri juga terus mengalami peningkatan.
Beberapa efek merugikan yang muncul pada tubuh manusia
karena terpapari sinar-X dan gamma segera teramati beberapa saat setelah
penemuan kedua jenis radiasi tersebut. Efek merugikan tersebut berupa
kerontokan rambut dan kerusakan kulit. Pada tahun 1897 di Amerika Serikat
dilaporkan adanya 69 kasus kerusakan kulit yang disebabkan oleh sinar-X, sedang
pada tahun 1902 angka yang dilaporkan meningkat menjadi 170 kasus. Pada tahun
1911 di Jerman juga dilaporkan adanya 94 kasus tumor yang disebabkan oleh
sinar-X. Meskipun beberapa efek merugikan dari sinar-X dan gamma telah
teramati, namun upaya perlindungan terhadap bahaya penyinaran sinar-X dan gamma
belum terfikirkan. Marie Curie, penemu bahan radioaktif Po dan Ra meninggal
pada tahun 1934 akibat terserang oleh leukemia. Penyakit tersebut besar
kemungkinan akibat paparan radiasi karena seringnya beliau berhubungan dengan
bahan-bahan radioaktif.
KEGUNAAN SINAR X
Pengobatan
·
Sinar-X lembut digunakan
untuk mengambil gambar foto yang dikenal sebagai radiograf. Sinar-X boleh
menembusi badan manusia tetapi diserap oleh bahagian yang lebih tumpat seperti
tulang. Gambar foto sinar-X digunakan untuk mengesan kecacatan tulang, mengesan
tulang yang patah dan menyiasat keadaan organ-organ dalam badan.
·
Sinar-X keras digunakan
untuk memusnahkan sel-sel kanser. Kaedah ini dikenal sebagai radioterapi
·
PerindustrianDalam bidang perindustrian, sinar-X boleh digunakan untuk,
PerindustrianDalam bidang perindustrian, sinar-X boleh digunakan untuk,
·
Mengesan kecacatan dalam struktur binaan atau
bagian-bagian dalam mesin dan enjin.
·
menyiasat rekahan dalam paip logam, dinding
konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam struktur plastik dan
getah.
Penyelidikan
·
Sinar-X digunakan untuk
menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom
dalam suatu bahan hablur.
·
menyiasat rekahan dalam
paip logam, dinding konkrit dan dandang tekanan tinggi.memeriksa retakan dalam
struktur plastik dan getah.
·
Sinar-X digunakan untuk
menyelidik struktur hablur dan jarak pemisahan antara atom-atom
dalam suatu bahan hablur.
·
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
·
pemusnahan sel-sel dalam
badan.
·
perubahan struktur genetik
suatu sel.
·
penyakit kanser parah.
·
kesan-kesan buruk seperti
rambut gugur, kulit menjadi merah dan berbisul.
Sifat-sifat sinar-X
Sifat-sifat sinar-X
Pancaran sinar-X dapat diperolehi daripada sejenis alat
elektronik yang dinamakan tiub x-ray. Daripada kajian ahli sains didapati
sinar-X mempunyai sifat-sifat tertentu yang dapat dibahagikan kepada sifat
biasa dan sifat khas.
a) Sifat umum
Sinar-X bergerak laju dan lurus.
Tidak boleh difokus oleh kanta atau cermin dan tidak boleh
dipesong oleh medan magnet sekitar arah tuju yang dilaluinya.
Mematuhi peraturan ‘Hukum Kuasa Dua Songsang’ iaitu
keamatan sinar berubah dengan kuasa dua songsang jarak daripada punca pancaran.
b) Sifat khas
Keupayaan menembusi jirim padat.
Kesan pendarcahaya - memberikan kesan cahaya kepada
sebatian kimia seperti zink sulfida, kalsium tungstat dan barium
platinosiamida.
Kesan fotografi - memberikan
penghitaman kepada filem apabila didedah kepada sinar-X.
Kesan pengionan - alur sinar-X yang lintas melalui gas
memindahkan tenaganya kepada molekul-molekul yang seterusnya akan berpecah
kepada zarah yang bercas positif dan negatif.Kesan biologi - sinar-X bertindak
dengan kesemua tisu hidup yang terdapat dalam badan.
0 komentar:
Posting Komentar